Thursday, August 23, 2007

Kunjung ke Tanjung


Pada cuti Ogos , saya dan keluarga berkunjung ke Tanjung, PulauPinang kerana menziarah mak dan tokwan yang tinggal di Tanjung Bunga. Saya bermain-main dengan adik-adik saya di halaman rumah yang luas dan selesa. Saya suka ke Tanjung Bunga kerana dekat dengan laut. Setiap kali saya balik ke Pulau Pinang, saya selalu pergi ke pantai untuk bersantai. Udaranya sangat nyaman bersih dan kadangkala di sertai tiupan angin yang dingin. Kemudian, saya membina istana pasir. Saya amat kecewa apabila istana pasir yang saya bina di musnahkan oleh ombak. Saya membinanya semula jauh dari persisiran air supaya ianya tidak dimusnahkan ombak sekali lagi. Setelah berpenat bermain-main di pantai kami pun balik ke rumah mak.

No comments: