31 OGOS 2007 yang lalu ialah Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50. Abah saya pergi ke padang kerajaan mengambil bahagian dalam perbarisan. Abah saya mendapat tempat kedua. Acara itu bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Apabila abah pulang, abah mengambil gambar saya, Hazeeq, Qistina dan Ahmad . Saya, Hazeeq, Qistina dan Ahmad memakai topi yang bergambar dan memegang bendera.
Ibu sibuk memasak nasi beryani di dapur rumah kami di Kota Tinggi, Johor. Tengahari itu, kami makan nasi beryani dengan ayam goreng. Pada waktu petang, kami sekeluarga pergi berjalan-jalan di tepi Sungai Johor. Kami melihat pelbagai bot yang telah dihias dengan cantik dan menarik.
Kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Saya dan adik-adik tidur awal kerana terlalu letih.

No comments:
Post a Comment